Perniagaan Coklat

Panduan Perniagaan Coklat di Malaysia

Proses paling penting coklat buatan tangan adalah proses cairkan coklat. Hanya dengan maklumat yang betul sahaja anda dapat cairkan coklat dengan berjaya. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara cairkan coklat, cara pilih ketuhar mikro, teknik cairkan coklat, dan sebagainya. Jangan lupa untuk masukkan nama dan alamat anda pada ruang kanan untuk muat turun ebook anda.

Pastikan anda telah potong coklat sebelum cairkan coklat. Jangan sekali-kali cuba cairkan coklat bar atau blok coklat yang belum dipotong. Elakkan coklat yang dah dipotong terkena air, walaupun setitis. Coklat yang terkena air tidak dapat menjalani proses cair dengan baik. Pastikan mangkuk, tempat kerja, dan spatula anda betul-betul kering sebelum memulakan proses cair coklat ini.

Ketuhar gelombang mikro adalah alat yang paling sesuai dan popular digunakan untuk cairkan coklat di Malaysia. Jika digunakan dengan betul, ia boleh cairkan coklat lebih cepat dan mudah melibatkan usaha yang minimum. Bahagian paling penting jika gunakan gelombang mikro adlah pemilihan bekas yang sesuai. Sebaik-baiknya anda perlu menggunakan mangkuk khas atau mangkuk selamat untuk gelombang mikro. Mangkuk itu mestilah sejuk, jika sudah guna sebelum ni, pastikan hanya sedikit hangat sebelum digunakan semula. Sebaiknya sediakan beberapa mangkuk untuk guna selang seli. Jangan guna mangkuk yang sama berterusan, kerana mangkuk itu akan jadi terlalu panas untuk coklat anda.

Cara pilih ketuhar mikro, pilih yang ada timer, turntable, dan boleh selaraskan peratusan kuasa memanas. Untuk cairkan coklat, selaraskan kuasa pada 50%, untuk elakkan coklat terlebih panas atau terbakar, jika ketuhar anda tidak mempunyai sistem ini, panaskan sekejap, berhenti dan kacau, kemudian panaskan kembali, ulang proses ini sehingga selesai. Jika ketuhar anda tidak mempunyai turntable, ubah kedudukan mangkuk dalam ketuhar setiap kali anda berhenti panaskan untuk kacau.

Amat sukar untuk menentukan masa dengan tepat, kerana ia bergantung kepada watt gelombang mikro, kuantiti coklat, dan kandungan mentega koko dalam coklat. Untuk panduan cairkan coklat secara kasar, 1 minit untuk 28gram coklat, 3 minit untuk 230gram coklat, 3.5 minit untuk 450gram coklat. Jika tidak semua coklat cair, kacau coklat berterusan sehingga ia licin, berkilau, dan benar-benar cair.

Subscribe ke laman kami untuk video tutorial berkenaan. Sila kongsi laman ini bersama rakan facebook dan twitter anda dengan klik butang share dan like di ruang atas. Anda juga boleh tinggalkan komen di ruang bawah.

 

 

Download E-Book Anda Sekarang!

Sila masukkan nama dan alamat emel anda disini.

Ads